Jom Jadi Pendidik: Panggilan Program Pendidik bersama Komuniti
Adakah anda berminat untuk membantu komuniti anda? Sertai kami melalui Program Pendidik bersama Komuniti melalui Jom Jadi Pendidik.
Apa itu Program Pendidik bersama Komuniti?
🔹Jom Jadi Pendidik akan mengerakkan 100 orang Pendidik untuk membantu seramai mungkin pelajar atau pon komuniti yang dipilih
Â
Struktur Program Pendidik bersama Komuniti
🔹 Pendidik perlu menghadiri program yang disediakan oleh Pihak Jom Jadi Pendidik
🔹 Pendidik perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 1 projek untuk Komuniti. Contoh: Mengajar Matematik darjah 5 kepada pelajar di Kelas Maya.
Bilakah projek itu perlu dibuat? Bila – bila sahaja dalam tahun 2022!!!
Projek apa yang akan dibuat? Apa sahaja projek yang bersifat online di https://kelasmaya.my. Projek wajib PERCUMA namun elaun akan diberikan kepada peserta.
Â
Apakah kelebihan menyertai Program ini?
🔹 Anda dapat membantu komuniti anda
🔹 Elaun akan diberikan kepada pesertaÂ
🔹 Bantuan kewangan dari segi bahan-bahan Pengajaran & Pembelajaran, dan peralatan (TnC applied)
🔹 Sijil akan diberikan
Â
Siapakah komuniti anda?
Komuniti boleh jadi pelajar atau sesiapa sahaja yang akan mendapat manfaat dari projek anda.Â
📌 Projek adalah bersifat pendidikan dan 100% di atas talian
Â
Syarat – syarat:
🔹 TERBUKA untuk Pendidik ataupun tidak asalkan berminat dalam Pendidikan dan mampu menyiapkan projek
Info lanjut akan diberikan dari masa ke semasa.
Data yang diberikan oleh anda ini akan diproses dan diberikan kepada pihak penaja iaitu salah satu agensi Kerajaan di bawah Kementerian Sains & Teknologi. Sekiranya projek ini tidak dapat diteruskan, kami akan memadamkan data anda dari sistem kami.
Tentatif Tarikh:
April: Keputusan dari pihak Penaja
Jun 2022 – Dec 2022 : Program Pendidik bersama Komuniti